Monday, May 30, 2011

HARI GURU 2011

8.ooam
Majlis bermula!!
-pembacaan utusan Hari Guru
-ucapan wakil pelajar Muhd Zarifudin bin Zainuddin
-ucapan pengerusi PIBG En.Velaithan Atchuna Nair
-ucapan tuan pengetua Tuan. Haji Zolkaply Yunus

8.45am
-perasmian majlis dengan melepaskan 2 ekor burung serta formasi ''SELAMAT HARI GURU'' oleh pengawas sesi petang
-nyanyian lagu Guru Malaysia
-penyampaian anugerah 

Guru Paling Garang                     Cikgu Salleh dan Cikgu Kee
Guru Paling Cute                          Cikgu Abby dan Cikgu Izuan
Guru Paling Ceria                         Cikgu Zakaria dan Puan Chin
 Meja Guru Paling Cantik             Uztaz Rosli dan Puan Punitha
 Perwatakan Paling Menarik       Puan Izhar dan Puan Umadevi
Pemurah senyuman                      En. Khairrudin dan Puan Lim Kim Chu

9.00am
-persembahan High School Musical
-nyanyian Melodi
-tarian 60-an
-anugerah Guru Paling Popular # En. Ghafar
-nyanyian guru-guru praktikal
-nyanyian duet guru dan pelajar
-tarian hip-hop 5PA1
-anugerah Guru Serva Boleh # Puan Latifah dan Puan Tee Lee Lee
-nyanyian Cikgu Ghafar "Oh Dewi"
-tarian 'Give Me 5' 5SN

-tarian murid sesi petang

10am
-sesi ''Tiru gayaku'' oleh pengawas koperasi
-anugerah Guru Paling Sporting # Cikgu Chua dan Cikgu Zali
-pendeklamasian sajak oleh Cikgu Md. Noor
10.30am

-anugerah 
Prom King # Cikgu Md. Noor
Prom Queen # Puan Lim Lay Neo
-TAMAT


Majlis Hari Guru pada tahun ini dijayakan dengan amat lancar. Kerjasama antara pelajar menyebabkan majlis ini dilangsungkan dengan efisien. Terima kasih atas kerjasama semua! 

Saturday, May 14, 2011

TEKS UCAPAN KETUA PENGAWAS SEMPENA HARI GURU

TEKS UCAPAN HARI GURU
Bismillah hirrahman nirrahim ,

Yang berbahagia, YDP PIBG SMK Tun Mutahir, En. Velaithan Achutta Nair
Yang dihormati Tn. Pengetua SMK Tun Mutahir,  Tn. Haji Zolkaply B. Yunus,
GPK 1, Pn. Hjh Kamariah Bt. Othman,
GPK Hal Ehwal Murid, En. Ghaffar B. Yahya,
GPK Kokurikulum, En. Radhi B. Masah,
GPK Pendidikan Khas, Ustza Sajat Bin Ahmad
Penyelia Petang, Pn.Manja Bt. Md. Doli
ketua- ketua bidang,
guru-guru
dan  rakan-rakan yang dihormati sekalian.
Assalammualaikum warahmatullah hiwabarakatuh, Salam 1 Malaysia, Salam mercu di Hari Guru.
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa

 Bicara saya dimulakan dengan deklamasi petikan sajak yang saya dapati dari laman maya. Sajak tersebut kalau saya renung- renungkan sememangnya mengenai guru dan jasanya. Dalam konteks yang lebih mendalam, saya mendapati bahawa penyajak ingin mengutarakan bahawa guru merupakan tulang belakang utama sesebuah negara.


"Sesungguhnya tanggal 16 Mei amat penting dan sangat bermakna kerana kita semua mempunyai guru yang telah banyak berjasa kepada kita. Inilah waktu terbaik untuk kita luahkan setinggi-tinggi rasa terima kasih, penghargaan dan penghormatan terhadap mereka yang telah banyak berbudi kepada agama, bangsa dan juga negara.


Pepatah Melayu ada berkata, “Guru ibarat lilin yang membakar diri untuk menerangi orang lain”, menunjukkan pengorbanan seorang guru yang bersusah payah memberi didikan yang sempurna kepada kita semua. Tanpa guru, takkan ada insan-insan hari ini yang berpangkat menteri, berjawatan besar, bergelar jutawan, doktor, peguam, jutawan internet, angkasawan dan sebagainya.


           Tema hari guru pada tahun ini , Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara jika dilihat secara halus, maka nampak dengan jelas bahawa tugas guru semakin mencabar kerana zaman dan keadaan telah berubah maka guru sebagai penjana transformasi (perubahan) pendidikan negara  perlu memikul semua perancangan pendidikan yang telah dirancang oleh kerajaan. Perlaksanaan KSSR, SPPK dan MBMMBI  perlulah mengikut acuan yang telah ditetapkan oleh kerajaan agar transformasi pendidikan yang diingin dapat dicapai. Begitu juga dengan penggunaan IT (teknologi maklumat) dan ICT (teknologi maklumat dan komunikasi) yang begitu izhar eksplisitnya di SMK Tun Mutahir. Warga guru di sekolah ini amat bertuah kerana mempunyai Tn. Pengetua yang begitu terkenal dengan ICT nya bagi memastikan agar matlamat untuk mentransformasikan pendidikan negara tercapai.

Guru jugalah yang menjadi sumber inspirasi anak watan bagi memacu aspirasi negara ke arah Wawasan 2020. Di samping itu, guru juga menjadi wadah penyemai perpaduan. Guru- guru bertanggngjawab menanam sifat perpaduan dalam jiwa generasi muda kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya.

Kendatipun begitu, guru yang diibaratkan lilin membakar dirinya untuk menerangi orang lain mendepani pelbagai onak dan cabaran terutamanya dalam melayani kerenah anak-nak muridnya. Meniti hari ke hari, cabaran guru makin sukar. Antaranya, ada saja dalam kalangan pelajar yang menimbulkan masalah disiplin. Ada pula yang sering tidak membuat kerja sekolah.  Bagai jatuh ditimpa tangga, kalau ada pelajar yang terlibat dalam kes buli atau prestasi mereka merudum pasti wujudnya segelintir ibu bapa yang akan menunding jari ke arah guru seolah-olah guru sahaja yang bertanggungjawab atas disiplin dan perkembangan anak-anak mereka. 


         Namun, di sebalik semua kekusutan tersebut, para guru juga  sering dihargai. Sebagai bukti, Hari Guru yang kita sambut pada hari yang mulia ini. Hari Guru ini disambut sebagai suatu simbolik penghargaan masyarakat 1 Malaysia kepada guru-guru.

        Sebelum saya menutup tirai, saya mewakili semua pelajar ingin memohon maaf atas segala kekhilafan kami.

           Dan seterusnya  SELAMAT HARI GURU kepada semua guru SMK Tun Mutahir. Segala pengorbanan cikgu akan kami semat dan hargai selagi hayat dikandung badan.


Sekian. Wabillahi taufiq wal hidayah assalamualikum wrbthkth



Ditaip oleh : Muhammad Zarifuddin B. Zainuddin
( Ketua Pengawas AM )
 dengan bimbingan Pn. Zawiyah Mohd
( Ketua Panitia BM )
SMK Tun Mutahir
2011

DOA SEMPENA HARI GURU

DOA SEMPENA HARI GURU

 

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

اَلْحَمْدُ للهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ , وَالعَاقِبَة لِلْمُتَّقِيْنَ وَالصَّلاَة ُوَالسَّلاَمُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ
وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ
Ya Allah , Tuhan Semesta Alam ,
Kami merafakkan rasa kesyukuran kepada-Mu kerana telah mengizinkan kami untuk meraikan Majlis sambutan Hari Guru 2011 peringkat Sekolah SMK Tun Mutahir pada pagi yang berbahagia ini dengan tema :
Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara
Ya Allah , Ya ‘Azizi Ya Sattar Ya Fa’alullima yurid ,
Sesungguhnya tugas sebagai guru adalah tugas yang mulia dan murni sepanjang zaman , justeru itu kurniakanlah kepada guru-guru kami hati yang ikhlas dalam menyempurnakan tanggungjawab yang berat ini dengan sebaiknya . Lorongkanlah hati guru-guru kami agar menjadikan seluruh aktriviti dunia pendidikan sebagai ibadah mengharapkan rahmat dan keredhaan-Mu  semata-mata . 
Ya Allah , Ya Mudabbiral amri ,
 Pada saat dan detik ini, kami hulurkan tangan pengharapan , memohon ihsan dan pimpinan-Mu agar Engkau anugerahkan rasa kasih sayang  kepada barisan pendidik yang budiman terhadap anak-anak didik mereka , sebagaimana mereka mengasihi dan menyayangi anak- anak mereka sendiri , kurniakanlah kepada mereka kesabaran , ketabahan , semangat kerjasama yang tinggi dalam sebuah pasukan , semangat permuafakatan dan semangat juang yang tidak mengenal erti putus asa dalam memikul tanggungjawab sebagai seorang pendidik dan berusaha menyumbang tenaga , idea dan kepakaran demi meningkatkan kualiti akademik dan ko-kurikulum pelajar-pelajar sekolah ini khasnya dan di arena pendidikan perdana amnya .
Ya Allah , Ya Mukawwiral laili wan nahar ,
Pada kesempatan ini , kami mohon kepada kebesaran dan kehebatan-Mu ya Allah sudilah kiranya Engkau mengurniakan kepada guru kami sifat yang mulia dan akhlak yang luhur , mudah-mudahan kami akan menjadi anak didik yang sentiasa menghormati guru-guru kami , mendengar tunjuk ajar daripada guru-guru kami , kami sentiasa mengharapkan teguran dan bimbingan guru-guru , semoga kami menjadi insan yang sempurna dan berguna kepada agama , bangsa dan negara tercinta  .

اَللَّهُمَّ اجْعَلْ جَمْعَنَا هَذَا جَمْعًا مَرْحُوْمًا ، وَتَفَرُّقَـَنَا مِنْ بَعْدِهِ تَفَرُّقاً مَعْصُوْمًا ، وَلاَ تَجْعَلِ اللَّهُمَّ فِيْنَا وَلاَ مَعَنَا وَلاَ مَنْ يَتْبَعُنَا شَقِيًّا وَلاَ مَطْرُوْدًا وَلاَ مَحْرُوْمًا .

رَبَّنَا ءَاتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَة ً وَفِي الأخِرَةِ حَسَنَة ًوَقِنَا عَذَابَ النَّار ِ

وَصَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ ، وَالْحَمْدُلِلَّهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ

Tuesday, May 3, 2011

PENGAWAS TERBAIK BULANAN (APRIL)

Pada 3 Mei 2011, beberapa orang pengawas  telah dipilih sebagai individu yang terbaik bagi beberapa bahagian..
Ustaz Sajat B. Ahmad selaku GPK Pendidkan Khas  telah menyampaikan hadiah kepada para pemenang.

PENGAWAS TERBAIK LELAKI                                          
>EE CHIN HUAN          
                       
PENGAWAS TERBAIK PEREMPUAN                                
>BoK chew yen     
                          
BUKU LAPORAN TERBAIK                                                 
>EMERALD   
                                      
AJK ATASAN/ KETUA SKUAD TERBAIK                        
>nur azneena azhar     
             
SKUAD TERBAIK                                                                 
>sapphire